AGENDA

Kerajaan perkenal kad diskaun khas buat peniaga Menu Rahmah esok

1 Nov 2023, 6:52 AM
Kerajaan perkenal kad diskaun khas buat peniaga Menu Rahmah esok
Kerajaan perkenal kad diskaun khas buat peniaga Menu Rahmah esok
Kerajaan perkenal kad diskaun khas buat peniaga Menu Rahmah esok

SHAH ALAM, 1 NOV: Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan kad diskaun khas buat peniaga Menu Rahmah mulai esok.

Pemangku Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata insentif itu membolehkan peniaga menikmati potongan harga bagi pembelian bahan mentah di enam pasar raya terpilih.

[caption id="attachment_585781" align="aligncenter" width="808"] Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 25 Mei 2023. Foto BERNAMA[/caption]

“Potongan harga membabitkan enam pasar raya yang bekerjasama dengan KPDN.

“Esok saya akan turun bersama Timbalan Menteri (KPDN) bagi satu inisiatif terbaharu iaitu penawaran kad diskaun rahmah kepada pengusaha kafe dan restoran terlibat.

“Ia sebagai tanda penghargaan buat peniaga yang menyokong usaha kerajaan melalui Menu Rahmah,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 mewakili KPDN.

[caption id="attachment_571549" align="aligncenter" width="716"] Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh (kiri) menunjukkan makanan yang ditawarkan dengan harga menu Rahmah pada Pelancaran Fiesta Food Truck Menu Rahmah sempena Program Jualan Rahmah Parlimen Pulai di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 10 Mac 2023. Foto BERNAMA[/caption]

Selain itu, Armizan memaklumkan kementeriannya akan memperkasakan Program Jualan Rahmah (PJR) di seluruh negara bagi membantu rakyat berpendapatan rendah.

“Program dirancang dilaksanakan dengan kekerapan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara.

“PJR akan diperluaskan melalui kaedah bergerak supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada jualan murah yang ditawarkan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619