ADN

Kemas kini, kumpul maklumat dalam sistem pintar Inisiatif Peduli Rakyat

16 Mac 2023, 12:37 AM
Kemas kini, kumpul maklumat dalam sistem pintar Inisiatif Peduli Rakyat

SHAH ALAM, 16 MAC: Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) perlu dikemas kini dan dijadikan sistem pengumpulan semua inisiatif dan program Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Negeri Balakong Wong Siew Ki berkata kemas kini itu dapat membantu warga Selangor dengan lebih efektif, efisien dan sempurna.

"Saya berharap Kerajaan Negeri dapat mengemas kini sistem SSIPR seterusnya menjadikannya sistem pengumpulan dan penyatuan semua informasi serta cara permohonan kepada semua inisiatif dan program Iltizam Selangor Penyayang.

"Saya percaya, dengan sistem SSIPR yang sentiasa dikemaskini, pusat khidmat masyarakat wakil rakyat dapat membantu warga Selangor dengan lebih efektif, efisien dan sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian ketika usul menyembah ucapan serta menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Negeri Selangor semalam.

Siew Ki mencadangkan SSIPR turut merangkumi inisiatif dan program kerajaan persekutuan supaya wujud penyelarasan di antara Kerajaan Selangor dan pusat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619