BERITA UTAMA

Dasar Rumah Selangorku ditambah baik, bantu bujang miliki kediaman

15 Mac 2023, 7:12 AM
Dasar Rumah Selangorku ditambah baik, bantu bujang miliki kediaman

SHAH ALAM, 15 MAC: Pelaksanaan dasar baharu Rumah Selangorku 3.0 dikhususkan untuk membantu golongan bujang dan pasangan baharu berkahwin memiliki kediaman sendiri.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata dasar tersebut turut meliputi beberapa elemen yang membantu mengurangkan masalah kewangan tambahan dalam proses pembelian rumah.

"Dasar baharu tahun ini kita ambil maklum Rumah Selangorku sebelum ini berkaitan zon pembangunan, spesifikasi dan kawalan serta komponen unit standard seperti tiga bilik.

"Kali ini kita benarkan pembangunannya di kawasan agak padat dan laksana program khusus buat mereka bawah 35 tahun terutama bujang dan baharu berkahwin," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Menjawab soalan wakil rakyat Jeram Mohd Shaid Rosli hari ini, Rodziah menambah dasar baharu itu juga menawarkan harga rumah kurang RM250,000 selain kos guaman dan pindah milik diserap.

"Penyelenggaraan untuk dua tahun juga telah dibiayai. Jadi, mereka tidak perlu fikir tentang kewangan tambahan yang perlu disediakan," katanya yang juga wakil rakyat Batu Tiga.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan pembinaan rumah untuk bujang dan pasangan baharu berkahwin di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang dan Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619