BERITA UTAMA

Sembilan rumah perlindungan dapat geran RM180,000 naik taraf kemudahan

14 Mac 2023, 12:00 AM
Sembilan rumah perlindungan dapat geran RM180,000 naik taraf kemudahan

SHAH ALAM, 14 MAC: Sebanyak sembilan rumah perlindungan di Selangor menerima geran berjumlah RM180,000 daripada Kerajaan Negeri bagi menaik taraf kemudahan di premis masing-masing.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata geran itu juga bagi membina kemahiran kakitangan dan memberdaya pemandiri dalam kalangan wanita setelah keluar daripada rumah perlindungan.

"Kerajaan Negeri juga menyerahkan Geran Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak kepada 10 orang pengasuh berjumlah RM2,000 seorang bagi menambah baik perkhidmatan," kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau bercakap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Selangor 2023, yang dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Aiman Athirah Sabu di Sepang pada 11 Mac.

Dalam majlis itu, seramai 10 tokoh wanita menerima pelbagai anugerah atas pencapaian dalam bidang masing-masing antaranya Tokoh Usahawan Wanita, Wanita Muda dan Wanita Orang Kurang Upaya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah memaklumkan sebanyak 12 inisiatif yang sedang dan bakal dilaksana Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita tahun ini dengan peruntukan lebih RM4 juta.

Beliau berkata inisiatif itu termasuk enam program yang dijalankan setiap tahun dan selebihnya program baharu seperti Gadis Influencer Selangor (Gadis) dan Sidang Wanita Selangor (Siwanis).

"(Program lain) termasuk Geran Rumah Perlindungan, Subsidi Taska dan Tadika M40, Insentif Media Digital Usahanita Muda dan Insentif Pembangunan Ekonomi Ibu Tunggal," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619