AGENDA

KPDN laksana Jualan Rahmah di 109 lokasi setakat ini

13 Mac 2023, 4:28 AM
KPDN laksana Jualan Rahmah di 109 lokasi setakat ini

SHAH ALAM, 13 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Jualan Rahmah di 109 lokasi meliputi 77 Parlimen setakat ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata jualan barangan dengan potongan sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran itu menyasarkan 222 kawasan Parlimen termasuk Parlimen Pembangkang.

"Kerajaan menyediakan RM100 juta untuk program Jualan Rahmah di 222 lokasi Parlimen menerusi Bajet 2023," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jerantut Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung pelan tindakan KPDN bagi memastikan kos bahan mentah sentiasa dalam keupayaan rakyat.

Dalam pada itu, Fuziah berkata kerajaan juga menggalakkan pasar raya seluruh negara menjual barangan keperluan dalam pakej Rahmah.

"Barangan keperluan dijual secara 'bundle' pada harga yang menjimatkan. Contoh kos RM70 hingga RM80 tetapi dijual dengan RM50," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619