AGENDA

Jualan Rahmah di seluruh negara rekod 9.2 juta pengunjung pada 2023

3 Mac 2024, 10:12 AM
Jualan Rahmah di seluruh negara rekod 9.2 juta pengunjung pada 2023

MARAN, 3 MAC: Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata program yang dilaksanakan itu melibatkan 222 kawasan Parlimen dan 600 Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Daripada jumlah itu (6,870 program), sebanyak 3,053 PJR (program Jualan Rahmah) di dalam premis, 685 PJR di luar premis dan 3,132 melibatkan Program Jualan Rahmah Bergerak.

"Bagi tahun ini, kita menyasarkan untuk mengadakan PJR secara berterusan dengan minimum dua kali sebulan bagi setiap kawasan parlimen tetapi tidak mustahil lebih dari dua kali jika sambutan menggalakkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi walkabout Karnival Jualan Rahmah Madani Pahang di Dataran Anjung Pusat Bandar Jengka, di sini hari ini.

Fuziah berkata PJR tahun ini turut dimeriahkan dengan Jualan Rahmah Back To School pada 2 dan 3 Mac di setiap kawasan parlimen di seluruh negara yang menawarkan kelengkapan persekolahan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding di pasaran.

Bagi Pahang, beliau berkata KPDN negeri telah mengadakan 486 program Jualan Rahmah di seluruh kawasan parlimen dan DUN iaitu 230 di dalam premis, 29 di luar premis manakala secara bergerak sebanyak 227 pada tahun lalu.

"Bermula 1 Januari sehingga 29 Februari lalu, 56 PJR telah diadakan iaitu 16 PJR di dalam premis dan 40 PJR secara bergerak," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619