SELANGOR

SK Seksyen 27 (2) terima dana RM10,000 baik pulih kemudahan

12 Mac 2023, 10:01 AM
SK Seksyen 27 (2) terima dana RM10,000 baik pulih kemudahan

PETALING JAYA, 12 MAC: Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan dana pembaikan infrastruktur bernilai RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2) Shah Alam.

Sumbangan disampaikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari kepada guru penolong kanan kokurikulum pada Jelajah Kita Selangor Penyayang di Padang Permainan MBPJ, Desa Mentari 3 di sini hari ini.

Talhah Misnon ketika ditemui berkata pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas sumbangan tersebut.

"Alhamdulillah syukur di atas bantuan yang diberikan ini yang mana ia dapat menampung perbelanjaan membaik pulih sistem pam air yang rosak dan sering mengalami kebocoran.

"Mungkin tidak dapat tampung semua tetapi setidak-tidaknya dapat meringankan dana pihak sekolah. Terima kasih Kerajaan Negeri dan Dato' Menteri Besar," katanya.

Menurut Talhah, Kerajaan Negeri juga amat prihatin terutama berhubung aspek pendidikan dan kebajikan bagi memastikan rakyat tidak terpinggir.

"Permohonan untuk bantuan ini mudah dan hanya mengambil tempoh masa yang singkat. Insya-Allah kami akan memanfaatkan dana ini sebaiknya demi keselesaan pelajar dan pihak sekolah," katanya.

Sekolah Seksyen 27 (2) Shah Alam memiliki lebih 1,050 pelajar dan lebih 40 guru terlatih. Sekolah berkenaan dibuka pada 2008 dengan hanya satu sesi pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619