AGENSI

Bantuan legakan buruh dapat baiki rumah uzur, rezeki keluarga sambut Ramadan

19 Mac 2023, 8:59 AM
Bantuan legakan buruh dapat baiki rumah uzur, rezeki keluarga sambut Ramadan
Bantuan legakan buruh dapat baiki rumah uzur, rezeki keluarga sambut Ramadan
Bantuan legakan buruh dapat baiki rumah uzur, rezeki keluarga sambut Ramadan

SABAK BERNAM, 19 MAC: Seorang buruh menganggap bantuan pembinaan rumah baharu bernilai RM85,000 daripada Kerajaan Negeri diterima sebagai rezeki buat keluarganya menjelang Ramadan ini.

Jamhari Samli, 47, berkata beliau berasa terkejut namun bersyukur apabila dimaklumkan pada 9 Mac lalu akan memperoleh bantuan tersebut bersama empat penerima lain.

[caption id="attachment_572569" align="alignright" width="351"] Jamhari Samli. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

"Ia adalah rezeki berganda untuk keluarga saya kerana pada hari mendapat khabar gembira itu bersamaan dengan hari lahir anak kedua saya, apatah lagi kita akan menyambut Ramadan dan seterusnya Aidiliftri.

"Rumah yang kami duduki ini juga sudah uzur. Banyak sangat kerosakan terutamanya di dinding dan bumbung,” kata bapa lima anak itu kepada Selangorkini.

Sementara itu, A Selemal, 64, berkata beliau terharu menerima bantuan daripada Kerajaan bagi membaiki rumah didiaminya.

[caption id="attachment_572570" align="alignleft" width="351"] A Selemal. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

Menurut warga emas itu, rumah pusaka berusia 45 tahun di Kampung Dato’ Ahmad Said di sini, semakin dimamah anai-anai adalah satu-satunya kenangan kepada mendiang suaminya.

“Rumah saya sudah banyak rosak terutamanya di bahagian dapur. Disebabkan tidak bekerja, saya tidak mampu baiki rumah itu.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sudi memberi bantuan. Saya akan gunakan wang ini sebaiknya,” katanya.

Jamhari dan Selemal ialah antara lima individu menerima bantuan pembinaan rumah baharu yang diraikan pada Jelajah Kita Selangor Penyayang peringkat Sabak Bernam di sini, hari ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619