AGENDA

Kanak-kanak tiga tahun ditemukan maut dengan tangan, kaki terikat

12 Mac 2023, 7:16 AM
Kanak-kanak tiga tahun ditemukan maut dengan tangan, kaki terikat

LAHAD DATU, 12 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada suku Pala'u ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala, manakala kedua-dua tangan serta kaki kiri diikat dengan tali, di Kampung Panji di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Azmir Abdul Razak berkata polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 30-an yang merupakan individu terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu bagi membantu siasatan, dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang positif dadah dipercayai kurang siuman.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan ibunya di kawasan semak kampung berkenaan pada pukul 3 petang, kira-kira tiga jam selepas kanak-kanak yang keluar rumah untuk bermain, dan polis turut menahan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang merupakan warga asing berumur berumur 20-an dan 30-an bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima panggilan MERS 999 dari orang awam, polis yang tiba lokasi menemukan mayat kanak-kanak itu dalam keadaan tangan terikat, dan kepala tersepit di antara dua pokok… kepalanya dipercayai dicederakan dengan menggunakan benda tajam, selain terdapat kesan torehan di kedua-dua belah tangan dan kaki kiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat dari sumber tidak sahih mengenai kes itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619