ADN

DUN Seri Setia anjur makan malam rai lebih 200 sukarelawan

12 Mac 2023, 1:00 AM
DUN Seri Setia anjur makan malam rai lebih 200 sukarelawan
DUN Seri Setia anjur makan malam rai lebih 200 sukarelawan

Oleh SHAMZ JOHAN

SUBANG JAYA, 12 MAC: Lebih 200 sukarelawan Dewan Undangan Negeri Seri Setia dirai dalam majlis makan malam di Empire Hotel Subang di sini malam tadi.

Wakil rakyatnya Halimey Abu Bakar berkata selain menghargai jasa mereka yang membantu ketika kempen pilihan raya umum (PRU) ke-15, majlis sama bertujuan mengukuhkan hubungan dan kerjasama.

"Majlis ini bagi menghargai mereka (sukarelawan) terutama yang banyak membantu saya sejak mula dan ketika PRU 15 lalu.

"Semoga dengan majlis ini, kita dapat menaikkan semangat mereka untuk terus membantu kita menghadapi PRU nanti," katanya.

Bertemakan hitam dan putih, majlis yang dimeriahkan dengan persembahan buskers diserikan lagi dengan dendangan lagu yang dinyanyikan Halimey dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.

Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619