AGENDA

Tanah mendap, kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup

2 Mac 2023, 1:26 AM
Tanah mendap, kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup

KUANTAN, 2 MAC: Laluan Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan ditutup sepenuhnya hari ini, ekoran mendapan yang berlaku akibat hujan lebat berterusan semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi memaklumkan penutupan jalan adalah sehingga kerja pembaikan selesai.

"Penutupan jalan dibuat selepas mendapatkan penilaian keselamatan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan dan orang ramai dinasihatkan mematuhi tanda arahan yang dipasang di laluan tersebut," menurut kenyataan itu.

Bagi laluan alternatif, pengguna jalan raya dari arah Kuantan akan dilencongkan di lampu isyarat Paloh Hinai ke Jalan Batu Balik ke Pekan.

Pengguna dari Segamat pula akan dilencongkan di Muadzam Shah ke Leban Condong di Rompin sebelum ke Nenasi di Pekan.

Pengguna jalan raya boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan bagi mendapatkan maklumat terkini di talian 09-4221 999.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619