AGENDA

Pendaftaran baharu, kemas kini maklumat bantuan tunai mulai hari ini

1 Mac 2023, 9:42 AM
Pendaftaran baharu, kemas kini maklumat bantuan tunai mulai hari ini

SHAH ALAM, 1 MAC: Golongan yang layak untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh membuat pendaftaran baharu dan mengemas kini maklumat mulai hari ini hingga 31 Mac.

“Alhamdulillah, pendaftaran baharu dan kemas kini STR akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Mac,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitter hari ini.

Maklumat daripada Kementerian Kewangan (MOF) dikongsi beliau menjelaskan ini adalah bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pengkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

"STR pada tahun ini akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

"Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasa di bawah Kerajaan perpaduan," menurut kenyataan itu.

STR adalah program bantuan tunai dijenamakan semula di bawah MOF kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata STR 2023 akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619