ADN

44 pelajar B40 di DUN Sentosa terima cermin mata percuma

27 Feb 2023, 12:30 PM
44 pelajar B40 di DUN Sentosa terima cermin mata percuma
44 pelajar B40 di DUN Sentosa terima cermin mata percuma

SHAH ALAM, 27 FEB: Seramai 44 pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima cermin mata percuma.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata menerusi program kembali ke sekolah dengan penglihatan baik, mereka ditawarkan pemeriksaan mata secara percuma seterusnya menerima cermin mata masing-masing.

[caption id="attachment_568767" align="aligncenter" width="752"] Ahli Dewan Negeri Dr G Gunarajah bergambar bersama pelajar yang menerima cermin mata percuma di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang pada 25 Februari 2023. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj[/caption]

“Program ini untuk membantu pelajar daripada keluarga B40 yang dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran (penglihatan tidak jelas).

“Seramai 44 orang telah dikenalpasti melalui pemeriksaan mata dilakukan dan mereka boleh memilih bingkai cermin mata kesukaan,” katanya di Facebook.

Menurut Gunarajah pihaknya berharap inisiatif itu membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

“Terima kasih Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Sentosa, pihak pengurusan sekolah dan VO Optics yang telah berganding bahu demi kebaikan pelajar,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619