AGENDA

Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut terjatuh dari tingkat 14 hotel

27 Feb 2023, 1:35 AM
Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut terjatuh dari tingkat 14 hotel

KOTA KINABALU, 27 FEB: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata mangsa jatuh dari tingkat 14 ke kawasan beranda di tingkat lima hotel tersebut.

Menurutnya JBPM menerima panggilan mengenai kejadian pada 6.44 pagi tadi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama jentera ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan.

"Pasukan bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

"Seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan jam 7.53 pagi," katanya.

Katanya identiti mangsa masih dalam proses untuk dikenal pasti.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619