AGENDA

Kanak-kanak lelaki lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondominium

22 Mac 2024, 3:31 PM
Kanak-kanak lelaki lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondominium

SERDANG, 22 MAC: Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata mangsa merupakan warga Yaman dan kejadian disedari pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

"Pengawal keselamatan itu melihat baju dalam kolam renang sebelum menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian kepada penyelianya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari sama.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.

"Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619