PBT

MPSepang gempur kampung haram PATI, roboh lebih 100 kediaman

23 Feb 2023, 8:36 AM
MPSepang gempur kampung haram PATI, roboh lebih 100 kediaman

SEPANG, 23 FEB: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) merobohkan 110 unit kediaman dalam operasi bersepadu penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cyberjaya, di sini hari ini.

Yang Dipertuanya berkata kediaman membabitkan empat perkampungan dengan keluasan 1.6 hektar yang dibina dalam hutan itu turut mempunyai tiga surau dan lebih 10 perigi.

Menurut Dato' Abd Hamid Hussain tindakan dilakukan hasil aduan awam dan operasi gempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) awal bulan lalu.

"Kita difahamkan mereka (PATI) mula berada di sini sejak lebih tujuh tahun lalu dan kita pun tidak dapat mengesan kegiatan ini memandangkan dalam hutan dan struktur kediaman juga agak terlindung seperti tidak sangka ada orang tinggal disini.

"MPSepang juga tidak boleh membuat operasi bersendirian malahan kita juga tiada kuasa untuk menyemak kad pengenalan atau passport mereka sebaliknya kita memerlukan kerjasama beberapa pihak seperti JIM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai operasi bersepadu berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, stuktur kediaman di perkampungan yang berada antara tiga hingga empat kilometer dari jalan utama itu dibina menggunakan bahan seperti simen, kayu dan papan lapis serta dilengkapi bekalan elektrik dan air.

Tambah Abd Hamid, pihaknya menjangkakan kerja perobohan mengambil tempoh lebih seminggu untuk dibersihkan menggunakan tiga jentera dan 10 tong Roll On Roll Off (RoRo).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619