AGENDA

Pengeluaran KWSP jejas hari tua pencarum, 'tinggal 68 sen belanja sehari'

20 Feb 2023, 8:19 AM
Pengeluaran KWSP jejas hari tua pencarum, 'tinggal 68 sen belanja sehari'

SHAH ALAM, 20 FEB: Ahli Parlimen Gombak khuatir pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi dan hari tua pencarum.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan perkara itu merupakan sebab utama Kerajaan Perpaduan tidak membenarkan pengeluaran khas KWSP sekali lagi walaupun diasak pembangkang.

“Menerusi kajian yang dibentangkan ketika program pemukiman kami baru-baru ini ada sebahagian pencarum hanya ada 68 sen sahaja sehari jika umur mereka mencecah antara 75 hingga 78 tahun.

"Sebab itu kerajaan perlu pertimbang antara tanggungjawab dan populis, serta gesaan yang dibangkitkan pembangkang supaya tidak tertipu dengan propaganda,” katanya ketika sesi perbahasan titah Diraja di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan sedang mencari penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi masalah kewangan tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619