AGENDA

Tampil taktikal baharu, UiTM Lioness mahu kekal rentak kemenangan

15 Feb 2023, 10:03 AM
Tampil taktikal baharu, UiTM Lioness mahu kekal rentak kemenangan

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 15 FEB: UiTM Lioness mahu mengekalkan rentak kemenangan dua perlawanan sebelum ini apabila bertemu Kelana United pada perlawanan ketiga Liga Super Wanita FAS malam ini.

Pengendali pasukan Shahreen Nizam berkata pasukannya akan tampil dengan taktikal baharu selepas kehilangan dua pemain akibat kecederaan dan penggantungan.

"Perlawanan malam ini penting bagi kedua-dua pasukan, bagi kami, UiTM mahu terus mengekalkan rentak kemenangan.

"Saya tidak ambil mudah cabaran pasukan kelana yang juga dibarisi pemain pemain berpengalaman, kami akan hadir dengan taktikal baru selepas kehilangan dua tonggak utama yang cedera dan dikenakan kad merah pada perlawanan lalu.

"Malam ini kita mahu memastikan kemenangan ataupun sekurang-kurangnya seri. Yang penting, kita dapat point (mata) malam ini," katanya.

UiTM Lioness mendahului Kumpulan B dengan enam mata manakala Kelana United di tempat ketiga selepas mencatat satu kemenangan dan kalah tipis kepada UPNM.

Kelana United akan bertemu UiTM Lioness pada perlawanan Kumpulan B di Padang Radia Arena B, Bukit Jelutong jam 8 malam ini.

Orang ramai boleh mengikuti perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan Youtube FA Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619