BERITA UTAMA

Program Pemecut Selangor bermula Jun, medan usahawan pelbagai bidang kembang niaga

15 Feb 2023, 1:17 AM
Program Pemecut Selangor bermula Jun, medan usahawan pelbagai bidang kembang niaga

SHAH ALAM, 15 FEB: Program Pemecut Selangor (SAP) diteruskan tahun ini dijadual bermula Jun dalam usaha membawa usahawan mengembangkan perniagaan, kata EXCO perdagangan.

Dato' Teng Chang Khim berkata syarikat pemula yang menyertai program itu akan dibantu dan dibimbing Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

"Syarikat pemula terlibat akan diberikan latihan insentif yang melibatkan pakar-pakar dalam perkara diperlukan supaya dapat menjayakan perniagaan diceburi.

"Lima bidang utama dalam program SAP masih dikekalkan teknologi kesihatan, teknologi kewangan, bandar pintar, teknologi hijau dan teknologi pertanian. Namun ada tambahan libat sektor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ruang Pejabat Sandbox Selangor di ibu pejabat Sidec di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping.

Sebelum ini, Chang Khim memaklumkan permohonan syarikat pemula untuk menyertai SAP menunjukkan peningkatan sebanyak 36.4 peratus iaitu 225 permohonan diterima tahun lalu berbanding 165 pada 2021.

Jelasnya, seramai 120 usahawan e-dagang berjaya dilahirkan menerusi SAP sejak diperkenalkan pada 2018.

SAP merupakan program berstruktur yang berlangsung selama tiga bulan bertujuan memberi persediaan 30 syarikat pemula dalam menerima pelaburan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619