EXCO

60 kuil terima bantuan baik pulih infrastruktur, babit kos RM905,000

12 Feb 2023, 12:49 AM
60 kuil terima bantuan baik pulih infrastruktur, babit kos RM905,000

SHAH ALAM, 12 FEB: Sejumlah RM905,000 peruntukan pengurusan proses baik pulih dan infrastruktur rumah ibadat berkenaan sudah diagihkan kepada 60 kuil di negeri ini.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) V Ganabatirau berkata agihan bantuan itu diserahkan secara berperingkat kepada wakil kuil bermula minggu lalu.

"Fasa pertama diagihkan ketika sambutan Thaipusam minggu lalu yang mana 45 kuil menerima manfaat dengan jumlah RM650,000. Pada hari ini, sebanyak 15 kuil lagi menerima manfaat sama membabitkan jumlah RM255,000.

"Bantuan rumah ibadat diagihkan secara berperingkat sehingga hujung tahun dan ini bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam bantu baik pulih dan infrastruktur rumah ibadat serta jalankan aktiviti keagamaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan perayaan Ponggal peringkat negeri di perkarangan Kuil Sri Swarna Maha Mariamman Alayam Taman Sri Muda di sini, semalam.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.8 juta untuk pengurusan kuil bagi membantu proses baik pulih dan infrastruktur rumah ibadat berkenaan.

Pada tahun lalu, Dato’ Teng Chang Khim yang juga jawatankuasa Limas memaklumkan sebanyak RM69.4 juta disalurkan kepada persatuan agama selain Islam sejak 2009 hingga kini.

Jelasnya peruntukan itu dibahagikan mengikut jumlah penganut agama utama di Selangor berdasarkan data populasi yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619