SELANGOR

Limas putuskan tapak baharu Gurdwara Sahib Selayang

11 Apr 2021, 3:41 PM
Limas putuskan tapak baharu Gurdwara Sahib Selayang

SELAYANG, 11 APRIL: Tapak baharu Gurdwara Sahib Selayang akan diteliti memandangkan lokasi ketika ini kurang sesuai akibat pembangunan.

Justeru, Dato' Menteri Besar berkata Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) akan membuat keputusan supaya lokasi baharu dapat menampung jumlah penganut Sikh yang datang beribadah.

"Tapak sekarang ini memang kepunyaan mereka tetapi atas faktor pembangunan, ia sudah tidak sesuai dan kita sedang cari tapak baharu.

"Ia nanti akan diwarta. Sebenarnya tapak baharu itu sudah ada cuma ia agak kecil kira-kira suku ekar dan mengikut keperluan, tapak baharu perlu seluas satu ekar," kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas melakukan lawatan spontan di rumah ibadat terbabit.

Menurutnya saiz tapak harus bersesuaian memandangkan ramai penganut agama itu datang menjalankan aktiviti keagamaan.

"Sebahagian yang tinggal di Gombak, Rawang dan Sungai Buloh akan datang ke sini. Jadi kita perlukan satu tempat yang besar," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619