AGENDA

Dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam bukan masalah - Anwar

11 Feb 2023, 8:35 AM
Dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam bukan masalah - Anwar

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Kerajaan tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya reformasi dilakukan untuk mengurangkan dominasi orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan tidak menganggap dominasi kaum Melayu dalam sektor itu sebagai satu masalah pada masa ini.

"Perkara ini kita tidak buka saluran untuk kita pertimbangkan kerana keadaan sekarang saya tidak fikir itu satu masalah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P. Ramasamy menerusi hantaran dalam Facebook meminta kerajaan melaksanakan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam kerana menurutnya ia kini didominasi orang Melayu dan mahu Anwar segera menangani isu berkenaan serta memastikan perkhidmatan awam mencerminkan komposisi etnik negara ini.

Menurut Anwar, cadangan itu hanyalah pandangan peribadi Ramasamy dan tidak mewakili pendirian DAP atau kerajaan.

"Kita jangan melarang orang bercakap, memberi pandangan. Boleh (beri pandangan), tetapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619