ADN

4,622 warga emas, OKU di Kuala Kubu Bharu terima baucar beli-belah

8 Feb 2023, 2:04 AM
4,622 warga emas, OKU di Kuala Kubu Bharu terima baucar beli-belah

SHAH ALAM, 8 FEB: Sebanyak 4,622 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu layak menerima baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bernilai RM150.

Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata sejak Januari lalu pihaknya sudah menyerahkan 2,826 baucar atau 60 peratus kepada golongan berkenaan.

"Tahun ini, kita tidak lagi buat penyerahan mengikut bulan kelahiran peserta SMUE, ini bererti penerima boleh ambil baucar mereka pada bila-bila masa di Pusat Khidmar Masyarakat (PKM) DUN Kuala Kubu Bharu.

"Warga emas atau OKU yang belum ambil baucar boleh bawa kad pengenalan dan datang pada waktu pejabat," katanya menerusi Facebook.

Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan syarat had kelayakan pendapatan isi rumah bagi penerima baucar Jom Shopping ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan mulai tahun ini.

Penerima juga bakal menerima baucar beli-belah RM150 setahun berbanding RM100 tahun lalu serta khairat kematian RM500.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619