ADN

360 pelajar SPM di Permatang terima sumbangan alat tulis

28 Jan 2023, 1:32 AM
360 pelajar SPM di Permatang terima sumbangan alat tulis

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 JAN: Sebanyak 360 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sumbangan alat tulis daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang berkata daripada jumlah itu, 106 adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram jaya, SMK Agama Kuala Selangor (115) dan SMK Pengkalan Permatang (139).

"Sumbangan tahunan ini diberikan sebagai tanda sokongan kita kepada pelajar terlibat.

"Semoga kesemua mereka dapat menjawab peperiksaan dengan lancar dan berjaya cemerlang," kata Rozana Zainal Abidin ketika dihubungi.

Beliau berkata sumbangan tersebut diserahkan menerusi lawatan ke sekolah bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

"Sebelum penyampaian pelajar di SMK Tiram Jaya mengadakan solat hajat dan bacaan yasin sementara pelajar SMK Pengkalan Permatang menghadiri program motivasi di bawah kendalian Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung," tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619