BERITA UTAMA

23 individu sertai pencarian Ikon Agro Selangor 2022

27 Jan 2023, 12:30 AM
23 individu sertai pencarian Ikon Agro Selangor 2022

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 JAN: Sebanyak 23 penyertaan pencarian Ikon Agro Selangor 2022 diterima selepas tarikh tutup permohonan pada 18 Januari lalu.

EXCO pertanian berkata sebanyak 10 calon terbaik akan disenarai pendek dan diumumkan pada 6 Februari depan.

"Sekarang kita dalam proses semakan dan pemilihan calon untuk senarai pendek tersebut.

"Daripada senarai pendek ini kita akan audit secara terperinci dan buat video berkaitan untuk penilaian akhir," kata Ir Izham Hashim.

Tambah beliau, pengumuman Ikon Agro Selangor akan dibuat dalam program Selangor Agro Fest 2023 pada Mac depan.

Pada 13 Disember lalu, Izham memaklumkan pertandingan edisi ketiga itu diadakan selaras menjadikan Selangor sebagai pusat bekalan makanan selain menggalakkan lebih ramai berkecimpung dalam industri.

Lima kategori dipertandingkan iaitu penternakan, akuakultur, tanaman, industri asas tani dan agro pelancongan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 beserta peralatan tani.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619