AGENDA

Guru diugut penyamar polis, wang pencen lebih RM200,000 arwah suami lesap

26 Jan 2023, 9:16 AM
Guru diugut penyamar polis, wang pencen lebih RM200,000 arwah suami lesap

KUANTAN, 26 JAN: Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua  minggu lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa berusia 55 tahun dari Maran, mendakwa pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran pada 13 Jan lepas.

"Mangsa mendakwa suspek mengaitkan dirinya dengan kegiatan pengedaran barang larangan dan kes penggubahan wang haram yang telah menjadi kes polis.

"Dia kemudiannya dihubungi suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis yang turut meminta maklumat perbankan mangsa kononnya bagi tujuan siasatan," katanya, menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Ramli berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas semakan di bank mendapati terdapat 16 transaksi pemindahan wang secara dalam talian dilakukan tanpa pengetahuannya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, semalam.

Ramli menasihatkan orang awam untuk tidak cemas apabila menerima panggilan yang kononnya dari pihak berkuasa dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada pihak ketiga.

"Pihak penguat kuasa tidak menjalankan sebarang siasatan menerusi panggilan telefon dan orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan polis atau bank jika menerima panggilan seupamanya," katanya.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619