AGENDA

Lima maut termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan dua kereta

22 Jan 2023, 3:11 PM
Lima maut termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan dua kereta

JOHOR BAHRU, 22 JAN: Lima termasuk dua kanak-kanak maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Batu 13, Kahang, Jalan Kluang-Mersing, Kluang, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Mohd Fauzi Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.40 petang yang melibatkan Perodua Myvi dan Honda Stream.

Beliau berkata lima mangsa yang maut menaiki kereta Perodua Myvi yang sedang menghala ke Kahang manakala kereta Honda Stream dalam perjalanan ke Kluang dan hujan renyai ketika insiden.

“Ketika bomba sampai, hampir kesemua mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam. Pihak kami mengeluarkan seorang mangsa dari dalam Honda Stream,” kata Mohd Fauzi dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kluang untuk rawatan selanjutnya manakala yang maut diserahkan kepada pihak polis.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619