AGENDA

Kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam renang ketika bercuti bersama keluarga

21 Jan 2023, 2:31 PM
Kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam renang ketika bercuti bersama keluarga

LABUAN, 21 JAN: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di dalam kolam renang sebuah vila di sini hari ini.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata kejadian itu disedari sekumpulan kanak-kanak yang ternampak mangsa dalam keadaan tidak sedar diri di dalam air.

“Kami menerima laporan pada jam 8.05 pagi mengenai insiden berkenaan dan berdasarkan laporan diterima mangsa sedang berenang di dalam kolam itu bersama kanak-kanak lain dengan ibunya memantau dari sebelah kolam itu berhadapan vila.

"Bila ibunya mengarahkan kumpulan kanak-kanak berkenaan supaya pulang ke vila (selepas berada di dalam kolam renang itu kira-kira 15 minit), dia mendapatinya anaknya tiada bersama-sama kanak-kanak lain dan kemudian terdengar jeritan daripada kanak-kanak berkenaan mengenai penemuan anak wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata mereka menarik keluar mangsa dari kolam itu dan memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) tetapi tidak berjaya menyelamatkannya.

“Daripada pemerhatian awal dan pemeriksaan di lokasi, kami tidak mendapati sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat dan mayat dihantar ke Hospital Labuan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619