AGENDA

MetMalaysia: Cuaca kering dan panas, elak pembakaran terbuka

13 Mac 2024, 7:21 AM
MetMalaysia: Cuaca kering dan panas, elak pembakaran terbuka

LABUAN, 13 MAC: Pejabat Meteorologi Labuan mengeluarkan peringatan menggesa orang ramai agar mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka memandangkan musim kemarau dijangka berterusan hingga suku kedua tahun ini.

Dalam kenyataan kepada Bernama, pejabat itu memaklumkan pulau bebas cukai berkenaan mengalami pengurangan penurunan hujan yang ketara sejak Januari lepas dengan kadar hujan antara 2.8 milimeter (mm) hingga 29.6 mm.

"Tiada hujan direkodkan dari 8 Mac hingga hari ini, memburukkan lagi keadaan panas dan kering pada masa ini, namun menjelang hujung Mac hingga April negara dijangka mengalami peningkatan hujan dan ribut petir," menurut kenyataan itu.

Musim kemarau berterusan ini disebabkan oleh berakhirnya fasa monsun timur laut dan El Nino bagi tempoh antara Februari hingga Mac.

Justeru, pihak berkuasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mengelakkan aktiviti yang boleh memburukkan lagi keadaan, terutamanya pembakaran terbuka.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619