AGENDA

Peperiksaan SPM 2022 bermula 30 Januari, libatkan 403,637 calon

20 Jan 2023, 10:23 AM
Peperiksaan SPM 2022 bermula 30 Januari, libatkan 403,637 calon

PUTRAJAYA, 20 JAN: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan dilaksanakan mulai 30 Januari hingga 15 Mac depan melibatkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan antara 20 Februari hingga 15 Mac.

Ujian Amali Sains (Fizik) akan diadakan pada 30 Januari membabitkan 93,490 calon, Ujian Amali Sains (Biologi) pada 31 Januari membabitkan 74,642 calon, dan pada 2 Februari, seramai 94,672 calon akan menduduki Ujian Amali Sains (Kimia) dan 1,675 pelajar akan menduduki Ujian Amali Sains (Sains Tambahan).

Ujian Bertutur (Bahasa Melayu) akan diadakan pada 7 hingga 9 Februari melibatkan 397,854 calon, manakala Ujian Bertutur (Bahasa Inggeris) pula pada 13 hingga 15 Februari melibatkan 397,057 calon.

Ujian Mendengar (Bahasa Melayu) melibatkan 397,854 calon dan Ujian Mendengar (Bahasa Inggeris) membabitkan 397,057 calon akan diadakan pada 16 Februari.

KPM berkata seramai 131,318 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut.

"Sebanyak 3,355 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara," katanya.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my

"Semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung," katanya.

KPM turut mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619