PBT

MPAJ pantau ketat cerun bahaya, arah pemilik senggara elak tindakan tegas

20 Jan 2023, 4:21 AM
MPAJ pantau ketat cerun bahaya, arah pemilik senggara elak tindakan tegas

OLEH AZIAN AZIZ

AMPANG JAYA, 20 JAN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memantau ketat 356 cerun di kawasan pentadbirannya terutama yang dikategorikan bahaya dan sangat bahaya.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPAJ memaklumkan sebanyak 116 cerun dikelaskan sebagai sangat bahaya, 47 lagi bahaya manakala selebihnya kurang bahaya ketika ini.

Menurut Ir Zafrul Fazry Mohd Fauzi berkata, cerun berkenaan bawah pemilikan berbeza antaranya individu, pemaju, pihak berkuasa tempatan itu sendiri dan kerajaan.

"Saya minta kerjasama individu atau pemaju agar bertanggungjawab dan bekerjasama dengan MPAJ untuk memantau dan menyelenggara cerun mereka bawah kategori sangat bahaya dan bahaya.

"Ini kerana sebahagian daripada mereka buat tidak tahu walaupun notis telah dihantar. Jangan sampai tindakan lebih tegas terpaksa diambil," katanya dalam program dialog awam berhubung pengurusan cerun di sini malam tadi.

Menurut Ir Zafrul Fazry, kawasan yang dikenal pasti memiliki cerun bahaya dan sangat bahaya ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, DUN Bukit Antarabangsa, DUN Lembah Jaya dan DUN Teratai.

Hadir sama dalam sesi dialog itu ialah Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail, Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim, Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad dan polis Daerah Ampang Deputi Superintenden Mohamad Fisol Abdullah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619