AGENDA

Dr Zaliha: KKM fokus naik taraf hospital, fasiliti kesihatan

14 Jan 2023, 10:33 AM
Dr Zaliha: KKM fokus naik taraf hospital, fasiliti kesihatan

SEGAMAT, 14 JAN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memfokuskan kepada penambahbaikan hospital dan fasiliti di semua pusat kesihatan awam di seluruh negara, kata menterinya Dr Zaliha Mustafa.

"Kita (KKM) teruskan yang masih dalam pembinaan, jadi setakat ini kita belum memikirkan pembinaan hospital baharu.

"Kita akan fokus pada tambah baik, meningkatkan fasiliti di hospital dan juga di pusat kesihatan atau fasiliti KKM termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan buah limau kepada orang awam sempena sambutan Tahun Baharu Cina di pasar raya U Sentral Segamat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata KKM tidak menjangkakan kenaikan mendadak kes Covid-19 ketika sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian akan terus memantau secara rapat perkembangan kes Covid-19 seluruh negara setiap hari.

"Kita ada pengalaman dengan perayaan sebelum ini dan terakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), walaupun kita jangka ada peningkatan tetapi tidak. Bagaimanapun, kita tetap berhati-hati," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619