AGENDA

PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

14 Jan 2023, 4:46 AM
PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN, 14 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-75, hari ini.

Anwar turut mendoakan Tuanku Mukhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar (tenang) memerintah rakyat Negeri Sembilan dengan adil dan saksama.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, hari ini.

Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.

Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik mendahului senarai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dengan dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini bagi sesi pertama, sesi kedua pada 31 Jan dan sesi ketiga pada 7 Feb.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619