AGENDA

PM: Selamat berjuang Speedy Tigers, moga cipta kejutan dalam Piala Dunia di India

14 Jan 2023, 4:10 AM
PM: Selamat berjuang Speedy Tigers, moga cipta kejutan dalam Piala Dunia di India

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.

Beliau yakin dan percaya pasukan kendalian A. Arul Selvaraj itu yang akan memulakan aksi Kumpulan C dengan bertemu Belanda petang ini, mampu mempamerkan aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung. Harumkan nama negara di pentas dunia!” katanya di Facebook hari ini.

Selepas pertemuan dengan Belanda, skuad The Speedy Tigers dijadual menentang Chile Isnin ini dan New Zealand pada 19 Januari.

Penyertaan di India bakal menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971 dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. - BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619