BERITA UTAMA

MPKL, NGO bekerjasama urus anjing terbiar

12 Jan 2023, 12:30 AM
MPKL, NGO bekerjasama urus anjing terbiar

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menambah baik pengurusan pusat kurungan anjing daripada segi pemberian makanan dan pembersihan.

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakatnya memaklumkan usaha itu mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil dan menjaga anjing terbiar.

"Sebanyak 1,153 ekor anjing ditangkap pada tahun lalu dan kebanyakannya berpenyakit, tidak terurus serta kurang nutrisi.

"MPKL tidak mengabaikan haiwan ini sebaliknya menjaga mengikut tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan dan turut memberi makanan khas dua kali sehari pagi dan petang," katanya menerusi kenyataan.

MPKL juga menyambut baik kesudian beberapa NGO yang berminat untuk mengambil haiwan ditangkap dan diletakkan di pusat perlindungan haiwan mereka.

Menurutnya, sebanyak 110 anjing diambil pada 10 Januari lalu dan pihaknya menyeru orang awam yang tidak mahu lagi memelihara haiwan itu boleh menghantar kepada NGO terbabit.

"MPKL menyeru orang awam agar tidak membiarkan anjing peliharaan itu terbiar di jalanan tetapi hantar kepada NGO yang berkaitan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619