ADN

Orang ramai dijemput minum teh bersama wakil rakyat Bukit Gasing hari ini

11 Jan 2023, 1:54 AM
Orang ramai dijemput minum teh bersama wakil rakyat Bukit Gasing hari ini

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 11 JAN: Wakil rakyat Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran menjemput penduduk sekitar Bukit Gasing ke program santai minum teh bersamanya hari ini.

Program tersebut dianjurkan pejabat Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing bermula dari jam 5 petang sehingga 7 malam.

"Tahun ini, kita adakan (program) setiap Rabu kecuali cuti umum untuk penduduk berjumpa wakil rakyat tanpa temujanji," katanya melalui Facebook.

Menurut Rajiv, beliau menjemput semua penduduk yang ingin bertemunya bagi menyampaikan isu yang memerlukan perhatian di kawasan mereka.

"Saya jemput semua penduduk yang mempunyai isu berkaitan kawasan mereka ataupun ingin hadir untuk beramah mesra. Teh dan pelbagai makanan ringan disediakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619