BERITA UTAMA

MBSJ belanja lebih RM13 juta bina, naik taraf infrastruktur

11 Jan 2023, 12:30 AM
MBSJ belanja lebih RM13 juta bina, naik taraf infrastruktur

SHAH ALAM, 11 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperuntuk RM13.46 juta bagi projek pembangunan bina baharu, naik taraf dan ubah suai infrastruktur.

Datuk bandarnya berkata perbelanjaan itu meliputi RM500,000 untuk menaik taraf balai masyarakat diikuti lampu isyarat dan taman (RM5.28 juta), jalan (RM2.75 juta) dan longkang (RM3.05 juta).

Dato' Johary Anuar berkata sebanyak RM350,000 untuk projek tambah baik pusat rekreasi dan pengindahan diikuti gelanggang sukan (RM387,000) dan tandas awam (RM150,000).

"Kita turut menyahut saranan menteri kementerian pembangunan kerajaan tempatan (Nga Kor Ming) agar semua pihak berkuasa tempatan (PBT) selenggara seluruh tandas awam indah dan bersih.

"Justeru, bagi mencapai ke arah PBT yang inklusif dan lestari, MBSJ merancang pelbagai projek infrastruktur dan penyelenggaraan berterusan supaya semua kemudahan berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung menerusi program Subang Jaya Coffee Talk di Facebook MBSJ semalam.

Pada masa sama, Johary berkata sebanyak RM49.49 juta diperuntuk bagi penyelenggaraan pembangunan infrastruktur yang dirancang pada tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak RM3.9 juta penyelenggaraan jalan raya diikuti parit longkang (RM5.5 juta), riadah dan taman (RM8.5 juta), lampu jalan dan taman (RM6 juta) dan aset jalan raya (RM3.5 juta).

"Sebanyak RM3.5 juta penyelenggaraan alat kelengkapan elektrik diikuti penglibatan komuniti (RM3 juta) dan lain-lain selenggara seperti menaik taraf kemudahan OKU bernilai RM100,000," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619