PBT

MDSB: Denda RM500 jika peniaga makanan tidak pakai pelitup muka

10 Jan 2023, 4:36 AM
MDSB: Denda RM500 jika peniaga makanan tidak pakai pelitup muka
MDSB: Denda RM500 jika peniaga makanan tidak pakai pelitup muka

SHAH ALAM, 10 JAN: Pengendali atau peniaga makanan dan minuman di kawasan Sabak Bernam yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka boleh didenda RM500.

Perkara itu dimaklumkan di Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) susulan penguatkuasaan arahan tersebut di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai 1 Januari.

"Semua penyedia, pengendali atau peniaga makanan dan minuman di Selangor hendaklah mematuhi arahan pemakaian pelitup muka bagi menjamin keselamatan dan kebersihan makanan berkuat kuasa 1 Januari.

"Kegagalan mematuhi arahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500," jelas PBT itu.

Pada Disember lalu, Dato’ Menteri Besar berkata penjaja dan pengusaha restoran di negeri ini wajib memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pendekatan itu juga dapat menambah keyakinan pelanggan selain mengelakkan penularan Covid-19 dan isu keracunan makanan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619