PBT

MPKL sita lori, tutup tapak haram lupus sampah

9 Jan 2023, 9:06 AM
MPKL sita lori, tutup tapak haram lupus sampah
MPKL sita lori, tutup tapak haram lupus sampah

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 9 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) giat menjalankan operasi bagi mencegah aktiviti pelupusan sampah secara haram

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan dalam operasi terbaru yang dijalankan pada 6 Januari lepas, sebuah lori disita kerana membuang sampah di tapak haram di Olak Rempit.

"Tindakan sitaan sebuah lori dibuat di bawah Undang-undang Kecil 21 atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Mdkl 2007.

"MPKL menjelaskan operasi sama akan dilakukan di semua lokasi yang sering menjadi tapak pelupusan haram seperti itu," maklumnya di Facebook.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan dan aduan berkaitan boleh hubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKL melalui talian atau whatsapp 012-300 4217.

Sebelum ini, MPKL menggempur beberapa tapak pelupusan sampah haram di Telok Panglima Garang dan menyita lori.

[caption id="attachment_559892" align="aligncenter" width="500"] MPKL mengesan tapak pelupusan sampah haram dalam operasi yang dijalankan pada 6 Januari 2023. Foto Facebook MPKL[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619