AGENDA

Hampir 2,000 pengguna muat turun aplikasi pelancongan negeri

8 Jan 2023, 11:00 AM
Hampir 2,000 pengguna muat turun aplikasi pelancongan negeri

SHAH ALAM, 8 JAN: Hampir 2,000 pengguna memuat turun aplikasi pelancongan negeri, Go Selangor sejak mula dilancar pada 14 April tahun lalu.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata jumlah akses yang direkodkan pula ialah sebanyak 6,820 kali.

"Kita juga menjangkakan seramai 1,000 operator akan berdaftar sehingga Mac ini berbanding 313 yang terlibat tahun lalu, terdiri daripada makanan dan minuman (F&B), gaya hidup, tempahan tiket dan aktiviti.

"Setakat ini, aplikasi Go Selangor menerima maklum balas yang agak baik daripada pengguna. Namun terdapat beberapa penambahbaikan yang dicadang seperti pakej tawaran yang perlu diperbanyakkan," katanya kepada Selangorkini.

Go Selangor merupakan satu-satunya aplikasi pelancongan yang dilancarkan di Malaysia dan sudah tersedia pada Google PlayStore dan iOS.

Aplikasi yang dibangunkan hasil kerjasama syarikat pemula tempatan, Tourplus Technology menelan kos RM3 juta itu selari usaha pendigitalan pelancongan Selangor.

Pengembara dari seluruh dunia boleh mendapat akses berkaitan produk pelancongan negeri dengan mudah yang menjadi pusat sehenti pelbagai akses.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619