PBT

25 ahli majlis MDSB angkat sumpah, lapan adalah wanita

6 Jan 2023, 7:41 AM
25 ahli majlis MDSB angkat sumpah, lapan adalah wanita

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) melantik 25 ahli majlis bagi penggal 2023 termasuk lima muka baharu, Selasa lalu.

Yang Dipertuanya Azman Dahlan berkata daripada jumlah itu lapan ahli majlis adalah wanita.

"Tahniah kepada semua ahli majlis yang dilantik, semoga pelantikan ini akan mencambahkan idea bernas dan sokongan yang padu kepada pengurusan dan pentadbiran MDSB.

"Saya harap kita semua dapat bekerjasama dalam satu pasukan dan bertanggungjawab memastikan perancangan MDSB dilaksanakan secara telus dan bekerja keras ke arah perbandaran yang mampan," katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han mengumumkan seramai 272 ahli majlis 12 pihak berkuasa tempatan dilantik bagi penggal 2023.

Daripada jumlah itu, 28 peratus atau 76 pelantikan merupakan ahli majlis wanita.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619