PBT

MDSB sita 13 premis dan gerai ingkar PKP, tiada lesen

15 Apr 2020, 8:13 AM
MDSB sita 13 premis dan gerai ingkar PKP, tiada lesen
MDSB sita 13 premis dan gerai ingkar PKP, tiada lesen

SABAK BERNAM, 15 APRIL: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyita 13 premis perniagaan dan gerai penjaja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua bermula 1 April hingga semalam, kata yang dipertuanya.

Mohd Faizul Fitri Muslil berkata pihaknya bertindak ke atas premis berkaitan dengan lapan daripadanya mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana mengingkari arahan pihak berkuasa semasa tempoh PKP.

"Manakala tiga premis dikenakan tindakan di bawah UUK 3 iaitu Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian kerana berniaga tanpa lesen serta dua penjaja lagi di bawah kesalahan UUK penjaja," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata 37 kompaun juga dikeluarkan terhadap peniaga dan penjaja atas kesalahan sama selain menjalankan perniagaan tanpa permit sah.

Sebanyak 136 premis perniagaan dan gerai penjaja diperiksa pasukan khas MDSB dan sepasukan anggota polis sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan pematuhan operasi perniagaan, penjarakan sosial serta kawalan di pasar awam, pasar raya dan penjaja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619