PBT

MPK yakin capai status bandar raya hujung tahun, tumpu naik taraf bangunan lama

4 Jan 2023, 8:24 AM
MPK yakin capai status bandar raya hujung tahun, tumpu naik taraf bangunan lama

KLANG, 4 JAN : Majlis Perbandaran Klang (MPK) yakin boleh mencapai status bandar raya pada hujung tahun ini.

Yang dipertua MPK berkata pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mencapai status tersebut.

"Selepas ini kita cuma perlu mengusulkan kepada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kemudian mereka akan membentangkan ke kabinet untuk kelulusan.

"Insya-Allah, jika dapat kelulusan Klang bakal mencapai status bandar raya hujung tahun ini," kata Noraini Roslan.

Beliau berkata demikian selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPK penggal 2023 di ibu pejabat MPK di sini hari ini.

Sebelum ini, Noraini memaklumkan MPK memberi tumpuan kepada pembangunan di bandar Klang sebagai persediaan mencapai status bandar raya menjelang 2023.

Menurutnya, antara cabaran yang dihadapi MPK termasuklah keperluan menaiktaraf prasarana bandar Diraja terutama bangunan lama.

"Justeru, kerjasama semua pemegang taruh sangat diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cekap serta berintegriti supaya kemajuan diperolehi kelak tidak mengorbankan alam sekitar, budaya dan warisan bandar Klang ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619