BERITA UTAMA

MPS wajibkan penjaja, pengusaha restoran pakai pelitup muka, batal lesen jika ingkar

3 Jan 2023, 1:00 PM
MPS wajibkan penjaja, pengusaha restoran pakai pelitup muka, batal lesen jika ingkar
MPS wajibkan penjaja, pengusaha restoran pakai pelitup muka, batal lesen jika ingkar

GOMBAK, 3 JAN : Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mewajibkan penjaja dan pengusaha restoran untuk memakai pelitup muka.

Yang dipertuanya berkata pihaknya akan memberi nasihat kepada individu yang ingkar sepanjang tempoh permulaan selama tiga bulan pertama.

"Sekiranya selepas tiga bulan masih ada yang ingkar kita akan mengenakan tindakan kompaun kemudian jika masih berdegil, lesen mereka akan dibatalkan.

"Kita mohon semua penjaja dan pengusaha restoran di Selayang ini patuh kerana ia juga bertujuan menjamin kebersihan dan memberi keselesaan kepada pengunjung," kata Dato' Mohd Yazid Sairi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPS bagi penggal 2023 di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan itu di sini hari ini.

[caption id="attachment_558886" align="aligncenter" width="756"] Penyedia dan pengendali makanan serta minuman di gerai Sri Dahlia, Medan Selera MPS, Gombak memakai pelitup muka, penutup kepala dan apron bagi meningkatkan tahap kebersihan dan mematuhi syarat lesen Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ketika tinjauan di premis berkenaan pada 3 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Baru-baru ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan penggunaan pelitup muka diwajibkan kepada penjaja dan pengusaha restoran negeri ini mulai 1 Januari.

Beliau berkata pendekatan itu juga dapat menambah keyakinan pelanggan selain mencegah penularan Covid-19 dan isu keracunan makanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619