BERITA UTAMA

Bengkel seni di Galeri Shah Alam ketika cuti sekolah dapat sambutan

30 Dis 2022, 12:33 AM
Bengkel seni di Galeri Shah Alam ketika cuti sekolah dapat sambutan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 DIS: Tiga bengkel seni anjuran Galeri Shah Alam sempena cuti sekolah mulai 20 Disember lalu mendapat penyertaan luar biasa.

Penolong kurator berkata bengkel seramik dan catan yang menyediakan 20 slot habis ditempah dalam masa tiga hari sebaik penyertaan dibuka.

“Penyertaan bengkel catan kanak-kanak (The Starry Night dan Dreamy Skies) habis ditempah sehari selepas dibuka. Manakala bengkel catan remaja (The Starry Night dan Semangat Ledang) habis dalam tempoh dua hari.

“Bagi bengkel seramik pula, kita buka penyertaan untuk semua peringkat usia habis dalam masa tiga hari," kata Nur Syafiqah Zainal kepada Selangorkini.

Jelas beliau bengkel secara ‘outdoor’ di Taman Tasik Shah Alam itu mendapat sambutan kerana persekitaran santai dan lebih selesa selain yuran penyertaan bengkel seramik rendah.

“Yuran pendaftaran sebenarnya RM75 namun peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM50 manakala baki dibiaya Galeri Shah Alam termasuk sediakan peralatan dan sarapan untuk peserta,” jelasnya.

Nur Syafiqah berkata Galeri Shah Alam merancang untuk menganjurkan lebih banyak bengkel seumpama itu tahun depan dengan sekurang-kurangnya satu bengkel setiap bulan.

"Kami bercadang mencari lokasi yang lebih besar dan selesa bagi memastikan semua peserta berpeluang mempelajari teknik seni dengan lebih baik, katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619