BERITA UTAMA

Tourism Selangor-Vietnam perkukuh hubungan, misi pikat lebih ramai pelancong

28 Dis 2022, 5:31 AM
Tourism Selangor-Vietnam perkukuh hubungan, misi pikat lebih ramai pelancong
Tourism Selangor-Vietnam perkukuh hubungan, misi pikat lebih ramai pelancong

SHAH ALAM, 28 DIS: Tourism Selangor memperkukuh hubungan dua hala dengan pemain industri pelancongan Vietnam bagi melonjakkan negeri ini sebagai destinasi tumpuan di rantau Asia.

EXCO pelancongan berkata pelbagai segmen pasaran pelancongan Selangor dipamerkan di negara terbabit meliputi eko-pelancongan, taman tema, budaya dan warisan, pusat beli-belah serta aktiviti riadah.

Menurut Hee Loy Sian, kempen Splendid Selangor, Take Me Anywhere! turut dipromosikan semasa lawatan kerja ke Vietnam pada 18 hingga 23 Disember lalu.

“Tourism Selangor bersedia memanfaatkan kerjasama dengan pengusaha dan pemain industri sambil meningkatkan misi Selangor menjadi destinasi pelancongan terkemuka di rantau Asia,” katanya dalam kenyataan.

[caption id="attachment_558013" align="aligncenter" width="709"] EXCO Pelancongan Hee Loy Sian (empat, kiri) bersama delegasi Selangor ketika kunjungan hormat ke Persatuan Pelancongan Vietnam semasa lawatan kerja ke negara itu pada 18 hingga 23 Disember 2022. Foto Tourism Selangor[/caption]

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Selangor menerima aliran masuk pelancong dari Vietnam seramai 6,608 pada tahun lalu, lebih rendah berbanding 27,075 sebelum pandemik Covid-19.

“Menuju 2023, ini merupakan masa sesuai untuk Selangor meneruskan usaha ketika sebelum pandemik. Dengan larangan perjalanan yang ditarik semula, pelancong mempunyai perjalanan lebih lancar ke negara ini.

“Tambahan lagi, lokasi Selangor strategik dan terhubung antara satu sama lain membolehkan pelancong melancong di mana-mana kawasan dengan mudah melalui pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2, Lapangan Terbang Subang dan Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619