BERITA UTAMA

Aktiviti 'ali baba' dikesan libatkan penjaja rizab jalan Puchong Permai

23 Dis 2022, 1:08 PM
Aktiviti 'ali baba' dikesan libatkan penjaja rizab jalan Puchong Permai
Aktiviti 'ali baba' dikesan libatkan penjaja rizab jalan Puchong Permai

SHAH ALAM, 23 DIS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesan perbuatan 'ali baba' dilakukan sebahagian penjaja asal di sepanjang rizab bahu Jalan Taqwa, Persiaran Puchong Permai, Puchong.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar mendedahkan mereka menyewakan tapak sementara kepada pihak lain (sublet) berikutan dokumen itu tidak boleh diperbaharui kerana peniaga membina struktur binaan kekal.

“Sebelum ini, memang kita beri permit penjaja sementara. Namun, ia tidak boleh diperbaharui kerana penjaja membuat binaan (kekal) di situ.

“Tapak itu kemudian disalah guna dan diberi kepada peniaga lain. Jadi, mereka ini bukan penjaja asal di situ,” kata kepada Selangorkini.

Rabu lalu, MBSJ meroboh 25 binaan tanpa kebenaran di sepanjang rizab bahu jalan berkenaan dan menawarkan tapak niaga medan selera bersebelahan Dataran Niaga Puchong Permai.

Johary berkata seramai tiga penjaja telah berpindah dan meneruskan perniagaan di medan selera itu  yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi asal.

“Kita menyediakan tapak itu  dengan kadar sewa berpatutan untuk satu sesi iaitu satu hari melibatkan tiga sesi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619