ADN

Warga Bandar Utama dipelawa mohon baucar beli-belah sempena Tahun Baharu Cina

19 Dis 2022, 1:11 PM
Warga Bandar Utama dipelawa mohon baucar beli-belah sempena Tahun Baharu Cina
Warga Bandar Utama dipelawa mohon baucar beli-belah sempena Tahun Baharu Cina

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 19 DIS: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dipelawa memohon bantuan baucar sempena Tahun Baharu Cina 2023 sebelum 9 Januari tahun depan.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata permohonan dibuka kepada pengundi di kawasan tersebut yang menyambut perayaan serta mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah

"Penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tidak layak momohon," katanya di Facebook hari ini.

Menurut Jamaliah, hanya seorang pemohon yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga dan pemohon perlu menyertakan salinan kad pengenalan serta penyata gaji.

"Kuota adalah terhad dan hanya permohonan lengkap akan diproses. Maklumat lanjut boleh menghubungi talian : 03-7726 0441 atau 011-3934 1073 (Whatsapp)," katanya.

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui : tiny.cc/CNY2023BU.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619