AGENDA

'Tanah jatuhi khemah, saya dan ibu merangkak selamatkan diri'

16 Dis 2022, 4:40 AM
'Tanah jatuhi khemah, saya dan ibu merangkak selamatkan diri'

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 16 DIS: Mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran ladang organik, Gohtong Jaya terpaksa merangkak keluar menyelamatkan diri apabila khemah mereka ditimpa tanah.

Bagaimanapun adik lelaki Teh Lynn Xuan, 22, tidak sempat menyelamatkan diri dan meninggal dunia dalam kejadian awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

"Kami dapat rasa khemah mula tidak stabil dan dijatuhi tanah. Nasib baik saya sempat keluar khemah dan pergi ke tempat lebih selamat. Saya dan ibu berjaya merangkak keluar serta menyelamatkan diri.

"Ada kanak-kanak dan bayi meninggal dunia, kejadian itu berlaku terlalu cepat," katanya.

Seorang lagi mangsa, Leong Jim Meng, 57, berkata keluarganya terperangkap apabila tanah menutupi khemah namun sempat menyelamatkan diri ke kawasan parkir dan menghubungi pihak berkuasa.

"Kami sedang tidur ketika kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi. Keadaan terlalu gelap dan kami tak nampak kejadian secara jelas.

Terdahulu, lapan individu disahkan maut akibat tanah runtuh berhampiran Father’s Organic Farm, Gontong Jaya yang dianggarkan bomba setinggi 30 meter dengan keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619