AGENDA

Bomba: Runtuhan tanah setinggi 30 meter, libat keluasan tiga ekar

16 Dis 2022, 6:35 AM
Bomba: Runtuhan tanah setinggi 30 meter, libat keluasan tiga ekar

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 16 DIS: Kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi tadi melibatkan runtuhan setinggi 30 meter dengan keluasan runtuhan tiga ekar.

Menurut kenyataan di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kejadian yang berlaku di tepi jalan itu telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan.

"Sehingga pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 94 mangsa disahkan berada di tapak perkhemahan semasa kejadian dengan 61 mangsa terselamat iaitu 53 mangsa tiada kecederaan atau cedera ringan, tujuh dihantar ke hospital dan seorang lagi berada di lokasi.

"Sebanyak 13 mangsa lagi meninggal dunia iaitu lapan wanita dewasa, dua lelaki dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Pencarian masih dijalankan ke atas 20 mangsa,’’ katanya.

JBPM Selangor memaklumkan usaha mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan dengan bantuan agensi lain seperti bomba sukarela, bomba swasta, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619